FORUM

Marilah sahabat seperjuangan kita bertukar idea dan pendapat dalam

meniti jalan dakwah yang penuh cabaran ini

” “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali ‘Imran: 104)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

33 Responses to “FORUM”

RSS Feed for Hikmah itu perlu diterokai Comments RSS Feed

Assalamualaikum WBT. Kepada sahabat2 yang dirahmati Allah, Alhamdulillah syukur kita kepada Allah kerana meletakkan kita dalam barisan mereka yang sentiasa hatinya basah dengan ketenangan zikir. Syukur juga kita kerana Allah memelihara hati kita daripada sesat dalam dunia yang menipu ini…. Waahua’lam

salam,
Semoga perjuanganmu seiring dengan Redha Ilahi… Amin

salam, akhirnya akh raziman kembali menyengat dgn blognye yang terbaru..nantikan kemunculannya..Lambaian Hikmah..hehehe..

Salam…. testing – testing 1,2,3…. Takbir !!!

salam..Tahniah kembali muncul dengan gaya dakwah yg lebih hebat…Mudah2an MUTIARA HIKMAH trus terpancar…

Salam ya akhi fiddien…Bila baca Lambaian Hikmah ini, teringat pula kepada Lambaian Kaabah…moga kita akan sama-sama menyahut ‘lambaian’ dari Allah kelak. Amiin…

Insyaallah… akan ku manfaatkan laman ini dengan bantuan hikmah dari Allah SWT… Moga kita semua sahabat2 diberi kekuatan daripada Allah SWT

Jgn Lupa… Ramadhan tinggal 11 hr lagi… kena sama2 muhasabah ape yang kurang dalam amalan kita dalam kita menuntut kejayaan dalam tarbiyyah Ramadhan ini untuk menjadi insan yang bertaqwa.

salam. pe pendapat antum cara terbaik menegur sahabat2 kita tanpa melukai mereka!!!!

Wasalam.. pandangan
Walau mcm mana pun teguran itu akan meninggalkn kesan dihati sama ada terluka @ tidak… tak dpt tdk tak boleh nak elak… cuma kita gunakan hikmah kita dlm menegur. jk dia tua dr kita kt guna org tua jg untuk menegur n jk muda dr kita kt tegur mereka dgn nilai kasih yg tinggi pada mrk.

Ada cara lain antaranya gunakan SMS @ email… medium ni antara medium terbaik untuk kt beri teguran. Hati manusia… adalah perkara yg paling susah untuk kita memahaminya. Selamat mencuba dr ana.

Ohhh ruangan komen ini dah ada filter. Hehehe. Takleh cakap sebarangan.

Teruskan usaha beb. Moga sukses selalu.

Insya’ Allah ana akan mencuba..
terima kasih atas pandangan tersebut…
berdosa ke jika kita tahu sesuatu itu x elok dan kita x menegurnya..
hny terkubur difikiran je..

mcm mn nk mmberi pandangan yg baik kpd org bukan islam ttg islam?
tmpt keje ana ada pelbagai kaum n bangsa…ada stgh 2 memahami islam tp blm dpt lg hidayah..abpl org islam buat ssuatu yg xbaik, mrk mst pertikaikn…
ana xde kekuatan utk brckp dgn mrk..kdg2 ana hny terdiam
apa langkah yg sepatutnya ana lakukan???

Sama – sama, Jika pembaca yang lain ada pandangan boleh kita kongsi – kongsi bersama sahabiah kita ini…

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu.”

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Sumber ni ana dapat dari Karangan Tn Guru Hj Hadi ttg Tafsir Al – Maidah ayat 79.

salam
tahniah diucapkan kerana berjaya menjadi salah seorang bloger yang berjaya dan terkenal di malaysia, tahniah diucapkan…

Wsalam… terima kasih sahabat – sahabat… Dgr kata nak wat blog gak… cepat2 lah… orang pendang dah rindu kat anta…

pe maksud akh & bagaimana caranya ttg akh ckp sblm ni iaitu “tegur mereka dgn nilai kasih yg tinggi pada mrk”? bagaimana kita nk pstikan bhw teguran kita 2 bukan ats dasar marah, riak & sebagainya..

Kita kena ttpkan sendiri kemahuan tu dalam diri kita… sbb kita marah pada etika dia, pada akhlak dia tapi bukan pada peribadi dia. Teguran ni akan berhasil jika kita ikatkan teguran ni melalui hati kita, untuk menyampaikan hidayah Allah ni bukan melalui kata – kata semata – mata, tapi lebih kepada hati kita… selepas tegur, kita berdoa kepada Allah SWT dengan menyebut nama dia. Insyaallah, Allah akan buka pintu hati dia. Inilah yang dinamakan kasih sayang. Sbb kita ni lemah.

Pandangan ana yang daif ni ttg soalan humaira’ utk berdakawah pd Non Muslim

berdakmah pd Non Muslim ni mmg cabaran yg besar, lg2 mrk nampak umat islam sndiri tempang dlm melaksanakan islam dlm hidup. Pada pandangan ana antara yang kita boleh buat adlh kita molek’n akhlak kita dalam kerja, pelihara tutur kata kita, selps itu merapati mereka atas niat berdakwah (tapi biarlah mad’u itu sama jantina – elakkan lain dr jantina).

Nabi juga menunjukkan kita begitu, mereka yang jahil ttg islam berminat dgn islam disbb’n akhlak yang ditonjolkan oleh Nabi SAW.

Bagaimana akhlak Rasulullah saw ketika bergaul dengan orang-orang kafir? akhlak nabi saw adalah al Quran sebagaimana riwayat dari ‘Aisyah ra ketika ditanya akhlak nabi saw, beliau menjawab:

“Akhlak beliau (nabi saw) adalah al Qur’an”. Kemudian ‘Aisyah ra membacakan ayat:

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”. (al Qalam:4)

Jk mrk berkata bahawa org islam pun sama, nti boleh bgthu yang islam tidak mengajar begitu…. gunakan diri anti sbgai contoh.. tapi kita pelu elokkan diri kita dalam masa yang sama.

Perkara dakwah ini tidak boleh diteorikan semata – mata, ianya perlu kepada pendekatan praktikal. Insyaallah selamat mencuba.. kita sama – sama cuba.

salam, ana ingin berkongsi pengalaman dan pandangan kepada humaira. Dimana telah melalui situasi kawan2 ditempat kerja melakukan kesilapan atau mungkar. Memangla kita tak senang apabila kemungkaran berlaku didepan mata, tak kirala membuka aurat ke… pelakuan tak senonoh ke.. tapi kita yang dah tahu membezakan ni kene tegur dengan cara berhikmah dan dengan rasa kasih-sayang.

Sepertimana yg telah dijelskan oleh akhi lembairan
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Janganla tiba2 sound dpn2, terperanjat beruk nnt dia dan terus tak nak dkt dengan kita.. tunjukkanla akhlakmu yang solehah wahai humaira’, disamping menjadi kawan yang baik kpd mereka. Sambil menyelam kita minum air, terangkan la kesalahan yg dilakukan dengan kasih sayang dan ikhsan. Mungkin dia tak tahu… dan berdoalah agar pintu hidayah akan terbuka utk kwn tu… sesungguhnya hati2 hamba ini milik ALLAH.. Allah tidak melihat kepada hasil tetapi melihat kepada usaha kita perjuangkan agamanya..

wallahualam

assalamualikum,
kepada hanani, terima kasih atas nasihat yg diberi. InsyaAllah ia membantu ana dlm mengalami situasi ditmpt keja…
kepada lambaian, insyaAllah ana akn usahakan…smg Allah beri kekuatan kpd ana…

Assalamualaikum…
cantik & molek sungguh komentar di forum ini. terpanggil jg sy berkongsi buah akal yg dipinjamkan Ilahi ni…teringat sy akan kata2 ulama’ yg berbunyi “perubahan y mendadak itu merupakan satu fitnah”. jadi utk mengubah sesuatu keadaan sudah pasti kita yg menegur ini inginkan hasilnya. jadi biarlah lambat asalkan hasilnya baik. jgn scr mendadak n mengejut tapi akhirnya kecewa. InsyaAllah.

Tringin pula sy membawa satu analogi kehidupan. pd zmn n ketika ini, utk menegur dan utk memperoleh hasil blh sy analogikan spt memancing ikan. apabila umpan tlh dmakan ikan, pengail tdk trs mnyentapnya, ttp melayan dlu kerenah ikan shingga penat barulah disentap naik. begitu jg utk menegur sesorg itu, biarlah kita ambil masa melayan & menyelam kerenah khidupan dia, diakhirnya barulah kita menegur. InsyaAllah beroleh hasil yg baik.

assalamualaikum.
terima kasih ats analogi kehidupan tersebut…
w/pn kdg agak bosan, geram, tenion..tp itu le kehidupan yg dijadikan Allah…
trm ksh ats buah fikiran..

wassalam.

semoga medan forum ni boleh memberi lebih banyak limpahan idea dan isu untuk kita bncangkan.

Syukron hanani dan MoFas diatas respon yang diberi.

Insyaallah semoga dengan adanya perbincangan ini akan ada berkatnya pada semua yang terlibat, Waallhualam.

forum ini x dak arah tujuan pun….buat la tajuk yg spec sket..tajuk forum teraba-raba

maybe budak parit not understand clearly about the topic that have been discused here..

can someone help him or her to give some explaination about these??

tolol tul anak johor ni…aku cakap wt la title split…klu ada topic discussion yang yg berbeza mcm ne?x la memanjang ke bwh….aku rase anak johor ni mmg x ngaji U kut

hahaha…sory la budak parit..kat U x ajar pon pasal bende ni…hang pon satu, apsal x ckp awal2..bila nak mai sini? kata ari selasa nak turun..

Salam tukar pamplete, dlm pembinaan semula

salam ya akhi fiddien…
wahh..tukat template juga yerk…same la kita
ade mase sudi2 la join discussion room kat page tu yerk
kihkihkih

Salam lama x jumpa abg… ana pun dah start blajar buat blog… kasi comment skit… moga leh buat improvement..insyallah..http://seedmiskulilm.blogspot.com/
fiamanillah

assalamualaikum,
blh tahu x pe maksud futur? n pe akibat & jln penyelesaianny?


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: