PENULISAN

LATIHAN INDUSTRI DAN …

Posted on March 10, 2009. Filed under: PENULISAN |

wangsa-maju-layout2-a3

Assalamualaikum WBT

Terlalu lama rasanya tidak menulis di blog ini. Maaflah pada sahabat – sahabat dan rakan – rakan yang kadang kala menjenguk masuk ke blog ini.

Benarlah kadang kala kita dengar kata abang – abang dan kakak – kakak ketika dikampus dulu, bila mana mereka mengatakan “belajar lagi seronok dari bekerja”. Bila kita bekerja ( latihan industri (LI) ) baru kita mengetahui betapa besarnya nikmat yang Allah berikan terhadap masa, tenaga dan ruang semasa kita dikampus.

Semasa dikampus masa mampu kita uruskan. Kita mampu untuk mengurus masa kita dengan baik dan hampir tepat perjalanan dan manfaat masa dengan apa yang kita rancang. Berbeza dengan enviroment di luar, masa yang kita rancang kadang kala terganggu dengan perkara lain. Ana merasa kagum melihat dan suspek (respek) dgn abang – abang dan kakak – kakak yang mampu dalam menguruskan masa walhal kerja dan tanggungjawab keliling pinggang. Dimana ingin membahagikan kerjaya, rumahtangga, perglibatan dengan gerakan islam termasuk kegiatan kampung dan masyarakat.

Berbalik pada tajuk. Latihan Industri. Jika dulu di PUO Latihan Industri ni sinonim dgn Latihan Iman. Yelah, masa inilah rasanya iman diuji dan digoncang sehingga kadang kala menyebabkab setengah daripada mereka yang diuji FUTUR apabila sekembali di kampus.

Tapi begitulah hakikatnya, dimana sahaja sebenarnya kita berada dalam ujian Allah. Tanda Allah sayang dan cintakan kita adalah melalui ujiannya keatas kita selaku hambanya. Dengan ujian juga darjat kita diangkat disisiNya insyaallah. Apa yang perlu bagi kita adalah cuba berdepan dengan ujian Allah ini. Menangkan diri kita terhadap ujian Allah dengan memohon bantuan daripadaNya. Kerana setiap ujian yang Allah hadapkan kepada kita itu, sesuai dengan kekuatan kita.

Insyaallah sama – samalah kita mencari hikmah disebalik ujian Allah ini.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

PRK…..

Posted on November 4, 2008. Filed under: PENULISAN |

Alhamdulillah, ramai rakan – rakan seperjuangan kampus yang telah selesai berjuang bertungkus lumus dalam memenagkan calon masing – masing dibeberapa universiti awam di Malaysia. Tapi yang menjadi persoalan bilakah PRK UTHM ingin dimulakan. Walaupun dengar ura – ura mengatakan MPP telah dibubarkan, tetapi nyatanya tidak ada satu pun memo atau apa – apa surat rasmi dikeluarkan oleh pihak berwajib universiti menyatakan tentang persoalan tersebut.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Mahasiswa perlu berada dalam realiti bukan fantasi

Posted on October 2, 2008. Filed under: PENULISAN |

Assalamualaikum WBT… Alhamdulillah, dapat juga kesempatan diberikan oleh Allah swt untuk saya menulis kembali. Dua Tiga minggu kebelakangan ini dan dua tiga minggu kedepan ini saya diuji dengan masa dan beberapa tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan serta saya yakin dan percaya begitu juga dengan sahabat – sahabat aktivis mahasiswa yang lain, yang mana sentiasa bergelumang dengan pelbagai hal yang melatari mehnah perjuangan mereka dikampus.

Dalam kesempatan ini, suka saya ingin mengucapkan berbanyak tahniah pada sahabat – sahabat aktivis kampus yang berjaya memecah kepompong yang telah lama tersira dik sarang yang menebal. Alhamdulillah keberanian rakan – rakan semua tempoh hari dalam sama – sama mengedar kad hari raya kepada warga kampus yang bermula di pintu pagar utama kampus amat menguja beberapa pihak yang mana antaranya para pensyarah, pegawai – pegawai pusat tanggungjawab dan para mahasiswa yang lain. (more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 7 so far )

Aku dan Ceramah Motivasi

Posted on September 21, 2008. Filed under: PENULISAN |

 

Salam Ramadhan… salam pagi 21 Ramadhan…..

 

Alhamdulillah semalam selesai menjalankan kursus motivasi kepada para pelajar sekolah.. memang mencabar… kul 12 tengahari bagi ceramah. Kebiasaannya waktu ni adalah waktu yang paling terbaik untuk berhibernasi.

 

Semalam adalah kira – kira 50 orang pelajar yang menghadiri kursus tersebut… lucu jugak adik – adik sekolah agama ni… tapi mereka amat mantap dari segi pemerhatian. Biasalah bila ceramah motivasi si motivator akan gunakan kemahiran komunikasi 2 hala bagi menghidupkan minda yang monyok. Daripada komunikasi 2 hala ni kita dapat menerima serba sedikit tasawwur pemikiran adik – adik ni. Ada yang jelas dengan matlamat hidup mereka, ada yang tergagap jawab dan ada yang senyap.

 

Dalam satu slot tu saya ada bawakkan satu contoh matlamat kehidupan dalam kita meletakkan halatuju kita dalam hidup… saya tanya kat mereka” apa Misi hidup kamu, apa visi kamu ” jadi masing – masing mengambil bahagian, Cuma adik – adik dari tingkatan satu malu – malu kucing nak bercakap, yelah mungkin junior lagi ketika tu. (more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 9 so far )

MEMBLOG SEKIAN SEPI

Posted on September 17, 2008. Filed under: PENULISAN |

Assalamualaikum pembuka bicara…. seorang insan fakir yang lemah cuba menguatkan rentak tarian jari jemari, bagi melakar satu kesungguhan dalam menyampaikan risalah bertulis mengubat rindu sekian lama tidak menyampaikan ilmu.

Terdetik kembali dalam diri ini….. ruginya tidak menyampaikan kebaikkan dikala ummah sedang hilang identiti dalam menempuh arus zaman penuh dengan onak duri ini. Nabi SAW bersabda yang mana maksudnya ” Sampaikanlah daripada ku walaupun satu ayat “.

Berbekalkan hidayah daripada Khaliq yang Maha Agung ku teruskan niat mulia ku semula demi mencapai mardhotillah dalam urusan membaiki ummah. Seperti yang telah ku lontarkan dipermulaan ayat, aku insan fakir yang sentiasa menanti sekalung hidayah dan hikmah dalam pejalanan yang jauh perhentiannya.

Kepada sahabat Bloggers yang telah mengenali dan baru mengenali malah ingin mengenali, bantulah hamba fakir ini dalam meniti arus penulisan ini yang tidak kurang cabarannya terutama dalam istiqamah menghampar idea dan mengemaskini blog ini.

Kupohon Cinta Illahi dalam meniti arus usia penulisan ku ini, hamparkanlah hikmah pada ku.

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...