Archive for March, 2009

LATIHAN INDUSTRI DAN …

Posted on March 10, 2009. Filed under: PENULISAN |

wangsa-maju-layout2-a3

Assalamualaikum WBT

Terlalu lama rasanya tidak menulis di blog ini. Maaflah pada sahabat – sahabat dan rakan – rakan yang kadang kala menjenguk masuk ke blog ini.

Benarlah kadang kala kita dengar kata abang – abang dan kakak – kakak ketika dikampus dulu, bila mana mereka mengatakan “belajar lagi seronok dari bekerja”. Bila kita bekerja ( latihan industri (LI) ) baru kita mengetahui betapa besarnya nikmat yang Allah berikan terhadap masa, tenaga dan ruang semasa kita dikampus.

Semasa dikampus masa mampu kita uruskan. Kita mampu untuk mengurus masa kita dengan baik dan hampir tepat perjalanan dan manfaat masa dengan apa yang kita rancang. Berbeza dengan enviroment di luar, masa yang kita rancang kadang kala terganggu dengan perkara lain. Ana merasa kagum melihat dan suspek (respek) dgn abang – abang dan kakak – kakak yang mampu dalam menguruskan masa walhal kerja dan tanggungjawab keliling pinggang. Dimana ingin membahagikan kerjaya, rumahtangga, perglibatan dengan gerakan islam termasuk kegiatan kampung dan masyarakat.

Berbalik pada tajuk. Latihan Industri. Jika dulu di PUO Latihan Industri ni sinonim dgn Latihan Iman. Yelah, masa inilah rasanya iman diuji dan digoncang sehingga kadang kala menyebabkab setengah daripada mereka yang diuji FUTUR apabila sekembali di kampus.

Tapi begitulah hakikatnya, dimana sahaja sebenarnya kita berada dalam ujian Allah. Tanda Allah sayang dan cintakan kita adalah melalui ujiannya keatas kita selaku hambanya. Dengan ujian juga darjat kita diangkat disisiNya insyaallah. Apa yang perlu bagi kita adalah cuba berdepan dengan ujian Allah ini. Menangkan diri kita terhadap ujian Allah dengan memohon bantuan daripadaNya. Kerana setiap ujian yang Allah hadapkan kepada kita itu, sesuai dengan kekuatan kita.

Insyaallah sama – samalah kita mencari hikmah disebalik ujian Allah ini.

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...