KRISIS KEWANGAN GLOBAL

Posted on November 5, 2008. Filed under: Uncategorized |

Sehingga hari ini krisis kewangan global masih hebat diperkatakan tanpa henti. Akhbar hari ini juga sibuk mengeluarkan statement Perdana Menteri yang meminta supaya rakyat yakin dengan kepimpinan negara dalam menangani isu ini supaya krisis ini tidak melanda negara Malaysia.

Bermula dengan isu sup prima 2 buah bank gergasi America sehingga kini, seluruh negara merasa terkesan atas sebab kejatuhannya. Seakan – akan benar bahawa kuasa ekonomi America ini secara langsung mampu mengheret ekonomi negara lain kekancah krisis ekonomi global. Keyakinan demi keyakinan diberikan oleh kepimpinan negara bahawa Malaysia selamat dari krisis ini. Walaupun kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin negara, namun harus diberi perhatian bahawa KDNK yang mencapai 3.5 % itu tidak akan kekal selamanya.novfig1

Apabila America mengalami krisis ekonomi, kita dapat mendengar pelbagai kenyataan yang mana menyatakan bahawa inilah pengakhiran kepada kuasa ekonomi kapatalisme yang gagal dalam mengurus kewangan dan terbukti bahawa sistem ekonomi ini gagal sama sekali. Tetapi adakah benar America akan tamat riwayatnya dalam masa terdekat ini lantaran keruduman ekonomi mereka. Mungkin America akan jatuh dari segi kepercayaan negara – negara lain, tapi untuk mengatakan bahawa America lenyap dari menjadi kuasa besar dunia adalah sangat mustahil dalam masa terdekat ini. Sebaliknya kita cuba menilai dari satu sudut yang lain.

Cuma apa yang kita yakini, bahawa sistem kewangan kapatalisme semestinya tidak kukuh dan menindas semata – mata. Sememangnya kita boleh canangkan bahawa kewangan islam adalah langkah yang terbaik dari sudut mengurus tadbir kewangan. Sepatutnya pimpinan Malaysia sendiri harus sedar dengan keadaan yang berlaku ini dan mengarahkan cara pengurusan ekonomi negara kepada ekonomi islam sepenuhnya dan menyandarkan mata wang negara kepada nilai mata wang dinar emas kerana lebih stabil. Dalam blog Chadet.com baru – baru ini, beliau menulis dan menyokong penuh jika sekiranya negara menggunakan mata wang dinar emas dalam urusan jual beli antarabangsa, cuma ulas beliau, beliau hairan mengapa bank negara masih lagi tidak dapat menggunakan kaedah ini dari dulu hingga kini.

Selaku mahasiswa kita perlu memberi perhatian berkenaan masalah dalaman dan luar negara kerana ia akan memberi kesan langsung pada kita yang bergelar mahasiswa. Jika keadaan ekonomi dunia dan negara sentiasa berada dalam krisis ini akan membimbangkan kita selaku mahasiswa yang akan memenuhi pasaran kerja pada masa akan datang. Kita risau isu kewangan pada 1997 yang dikatakan “real economy recession” akan berulang kembali tetapi dengan wajah berlainan yang mungkin lebih teruk dan meruncing lagi. Kita berharap supaya kepimpinan negara kita baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang supaya memikirkan keadaan ini supaya ekonomi negara kembali stabil.

Advertisements

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “KRISIS KEWANGAN GLOBAL”

RSS Feed for Hikmah itu perlu diterokai Comments RSS Feed

Boleh balh….

Mapuh Umno

MABRUK AKHI..MAI KENDURI KAWIN ANA


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: