PRK…..

Posted on November 4, 2008. Filed under: PENULISAN |

Alhamdulillah, ramai rakan – rakan seperjuangan kampus yang telah selesai berjuang bertungkus lumus dalam memenagkan calon masing – masing dibeberapa universiti awam di Malaysia. Tapi yang menjadi persoalan bilakah PRK UTHM ingin dimulakan. Walaupun dengar ura – ura mengatakan MPP telah dibubarkan, tetapi nyatanya tidak ada satu pun memo atau apa – apa surat rasmi dikeluarkan oleh pihak berwajib universiti menyatakan tentang persoalan tersebut.

Sayup jauh bermain dihati saya, adakah UTHM juga telah dilanda kelam demokrasi sempit pihak pentadbir sehingga persoalan kecil seperti itu juga tidak diwarwarkan kepada mahasiswa khususnya mereka yang terlibat dengan kelab dan persatuan. Memang benar ada segelintir mahasiswa telah mendengar berkaitan dengan pembubaran senyap ini dan kewujudan Jawatankuasa sementara menggantikan MPP yang sedia ada, tetapi segala perkara yang dilakukan dibiarkan senyap tanpa dinyatakan kepada Mahasiswa dalam bentuk hitam putih yang lebih nyata.

 Saya berpendapat kepada pihak pentadbir universiti terutamanya HEP untuk menyatakan perkara ini dengan segera demi kebaikkan bersama, supaya tidak timbul persoalan atau persepsi negatif dari kalangan mahasiswa universiti. Ini kerana kelangsungan kepimpinan mahasiswa yang diberi mandat oleh masyatakat mahasiswa harus diberi perhatian penuh, dengan perhatian ini barulah institusi kepimpinan mahasiswa menjadi institusi kepimpinan yang tinggi dan disegani dalam mengurus tadbir mahasiswa seluruhnya dalam kehidupan mereka di universiti. Jika tidak kita melihat seolah – olah kepimpinan mahasiswa yang ada hari ini seperti kepimpinan boneka yang  boleh dimain – mainkan dan ditentu halakan perjuangan mereka oleh pentadbir semata – mata tanpa mengambil pandangan dari mahasiswa itu sendiri.

Advertisements

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: