Mahasiswa perlu berada dalam realiti bukan fantasi

Posted on October 2, 2008. Filed under: PENULISAN |

Assalamualaikum WBT… Alhamdulillah, dapat juga kesempatan diberikan oleh Allah swt untuk saya menulis kembali. Dua Tiga minggu kebelakangan ini dan dua tiga minggu kedepan ini saya diuji dengan masa dan beberapa tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan serta saya yakin dan percaya begitu juga dengan sahabat – sahabat aktivis mahasiswa yang lain, yang mana sentiasa bergelumang dengan pelbagai hal yang melatari mehnah perjuangan mereka dikampus.

Dalam kesempatan ini, suka saya ingin mengucapkan berbanyak tahniah pada sahabat – sahabat aktivis kampus yang berjaya memecah kepompong yang telah lama tersira dik sarang yang menebal. Alhamdulillah keberanian rakan – rakan semua tempoh hari dalam sama – sama mengedar kad hari raya kepada warga kampus yang bermula di pintu pagar utama kampus amat menguja beberapa pihak yang mana antaranya para pensyarah, pegawai – pegawai pusat tanggungjawab dan para mahasiswa yang lain.

Inilah dia bentuk realiti yang harus bagi kita sebagai tenaga muda aktivis kampus untuk turun kepada masyarakat kampus bagi menzahirkan idealisme sebenar mahasiswa. Biarpun kad hari raya berkenaan hanya diluluskan di peringkat Pusat Islam tapi keberanian sekelompok aktivis ini membentak didada mereka untuk turun juga menunggu dipintu utama pos pengawal keselamatan untuk mengedarkan kad hari raya kepada warga kampus sebagai satu tanda peringatan bagi mereka yang akan balik berhari raya… tahniah saya ucapakan kepada semua para aktivis yang sama – sama terlibat. Semoga usaha yang rakan – rakan lakukan akan dinilai oleh Allah SWT dan menguja pentadbiran universiti.

Turunnya beberapa orang mahasiswa tempoh hari menjadi satu signal kepada mahasiswa yang lain dan juga kepada pihak pentadbiran universiti bahawa biarkan mahasiswa melahirkan idealisme mereka supaya mereka tidak dikongkong dengan silibus kurikulum malah ko kurikulum semata – mata. Bahawa mereka ini mampu bergerak bagi sama – sama mengangkat martabat agama, bangsa dan negara serta sama – sama menjaga ketenteraman antara kaum. Kelompok mahasiswa seperti inilah yang sebenarnya menjadi harapan besar kepada universiti. Mereka ini sarat dengan idealisma, penuh bertenaga dalam gerak kerja dan jauh pandangannya. Jiwa aktivis mahasiswa beginilah yang sepatutnya memenuhi kerusi – kerusi Majlis Perwakilan Pelajar bukannya mereka yang menunggu dan mendengar arahan semata – mata. MAHASISWA BOLEH, UNIVERSITI BOLEH, MALAYSIA BOLEH.

Advertisements

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

7 Responses to “Mahasiswa perlu berada dalam realiti bukan fantasi”

RSS Feed for Hikmah itu perlu diterokai Comments RSS Feed

sah…dgn ayat mcm ni..korang nimmg bebudak PAS kan?hahah…nanti aku publish kan add korang smua..dpt satu…ngan link “sahabat-sahabat” seperjuangan korang sklai aku dpt..hahaha

la..ko delete msg aku ker?kah..kah..kah..takut rupenye mamak berlagak ustaz ni rupenye..hahaha

aku berani kate ko confirm x approve nye comment aku..hahaha

Budak Parit Jawa… Kami di kampus bkn memperjuangkan agenda kepartian… Kebajikan mahasiswa adalah lebih utama untuk diperjuangkan. Tidak ada apa yg perlu disorokkan, bagi saya biar mcm mana pun respon yang diberi ianya adalah satu sumbangan yang berguna kpd pelawat2 blog ini. Mahasiswa adalh mereka yang sarat dgn idealime, biarlah mrk melakar kehidupan mahasiswa mrk tanpa dicorakkan dengan kejumudan pihak – pihak lain.

ayat korang yang patut korang teliti balik

“Kami di kampus bkn memperjuangkan agenda kepartian”

“Mahasiswa adalh mereka yang sarat dgn idealime, biarlah mrk melakar kehidupan mahasiswa mrk tanpa dicorakkan dengan kejumudan pihak – pihak lain.”

Hakikat nya bebudak PAS UTHM aka Kelab Iqra adalah pak turut PAS…dalam web kampusnegara, mahasiswanegara, promahasiswa..jelas KI adalah PMI UTHM…jangan hendak dinafikan perkara sudah jelas tersuluh, dengan kenyataan yang hipokrit tersebut

ape kene la ngan budak parit ni..??

apebenda sbenarnya motif die ni..

die ni macam sabery chik la aku tgk..hahaha

what ever pon..lu pikir sendiri la!!

Budak parit jawa, adakah anda kini berada di jawa hingga anda mengetepikan identiti sebagai seorang mahasiswa malaysia yang penuh dgn adab sopan dan kesusilaan melontarkan komentar? Jika kita rakyat yang cintakan kerajaan & pemerintah, maka..berpeganglah dgn falsafah 5 rukun negara..kesopanan dan kesusilaan.

kenapa bila mahasiswa memperjuangkan Islam, dikatakan mahsiswa memperjuangkan agenda kepartian? Kenapa sesuatu platform yang membawa role-model Islam dikatakan platform yang bergerak atas dasar kepartian PAS. Islam itu syumul, holistik dan beberapa ciri Islam yang lain yg kita pelajari dlm silibus pengajian Islam di universiti.

kalau asal Islam je dikaitkan PAS, maka anda pun PAS lah sebab anda Islam. Solat itu Islam, zakat itu islam, komunikasi itu Islam, politik itu Islam, belajar ilmu itu Islam, kalau asal ISLAM dikaitkan dgn PAS, maka org bukan PAS mmg tercalarlah ISLAM mereka? anda tidak solatkah kerana solat itu ISLAM ? ISLAM untuk semua…dan sesiapa saje punyai hak dan berkewajipan utk melaksanakan ISLAM mengikut syariatnya..

ANDA ISLAM? maka, terimalah ISLAM..


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: