Aku dan Ceramah Motivasi

Posted on September 21, 2008. Filed under: PENULISAN |

 

Salam Ramadhan… salam pagi 21 Ramadhan…..

 

Alhamdulillah semalam selesai menjalankan kursus motivasi kepada para pelajar sekolah.. memang mencabar… kul 12 tengahari bagi ceramah. Kebiasaannya waktu ni adalah waktu yang paling terbaik untuk berhibernasi.

 

Semalam adalah kira – kira 50 orang pelajar yang menghadiri kursus tersebut… lucu jugak adik – adik sekolah agama ni… tapi mereka amat mantap dari segi pemerhatian. Biasalah bila ceramah motivasi si motivator akan gunakan kemahiran komunikasi 2 hala bagi menghidupkan minda yang monyok. Daripada komunikasi 2 hala ni kita dapat menerima serba sedikit tasawwur pemikiran adik – adik ni. Ada yang jelas dengan matlamat hidup mereka, ada yang tergagap jawab dan ada yang senyap.

 

Dalam satu slot tu saya ada bawakkan satu contoh matlamat kehidupan dalam kita meletakkan halatuju kita dalam hidup… saya tanya kat mereka” apa Misi hidup kamu, apa visi kamu ” jadi masing – masing mengambil bahagian, Cuma adik – adik dari tingkatan satu malu – malu kucing nak bercakap, yelah mungkin junior lagi ketika tu.

 

Jadi semua memang mempunyai matlamat dalam hidup tapi adik – adik masih perlu memandang kehidupan ni jauh lagi dari apa yang dipandang sebelum ni. Bukan hanya sekadar sampai habis SPM masuk ke Sekolah Arab @ sambung mana – mana universiti luar mahupun dalam negara tapi jauh dari itu lagi.

 

Jadi saya pun menceritakan tentang gambaran hidup saya pada mereka, visi dan misi saya selepas ini. Jadi bermula cerita, saya pun kata kat mereka ” abang lepas habis belajar ni ( saje saya senyap kat sini, sebab nak tunggu jawapan dari hadirin, boleh mereka jawab ramai – ramai ” Nak Kawin ”). Habis tergelak semua. Jawab saya ” Tak, sabar dulu. Abg lepas belajar abg nak kerja dalam 2 tahun dalam bidang Industri, nak rasa enviroment sebagai seorang engineer, tapi time tu dah walimah lah ( gelak lagi, kan dah kata ). Lepas 2 tahun abg nak apply untuk mengajar dan jika diterima abg nak mengajar di bumi Politeknik, tapi bukan kat semenanjung tapi kat Sabah atau Sarawak. Dalam 4 atau 5 tahun lepas tu abg nak apply pulak sambung untuk buat lanjutan pelajaran dalam bidang Master Eng atau yang berkaitan dengan pengurusan industri dan selepas pada tu nak sambung lagi peringkat yang tertinggi dan selepas tu nak mengajar balik dan akhir, dalam lingkungan umur 40 tahun keatas jika ada hayat, abg dah ada business sendiri”. Itu lah contoh gambaran yang saya ceritakan kat adik2 supaya mereka faham dengan target kehidupan mereka.

 

Tak lupa saya ada ingatkan adik – adik ” ni baru gambaran hidup kita, tentang memperjuangkan agama n akhirat kita kena ada gambaran juga”. Jadi saya pun meneruskan ceramah hingga akhir. Cuma harapan saya pada adik – adik yang hadir supaya mereka boleh menjadi pemuda dan pemudi islam yang cemerlang dunia dan akhirat mereka dan menjadi pembela ummah bila mereka berjaya nanti. Marilah sama – sama kita Insyaallah mendoakan kejayaan mereka dalam peperiksaan akan datang. Ceramah tak boleh mengubah mereka tetapi yang merubah mereka adalah rahmat Allah SWT.

 

Advertisements

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

9 Responses to “Aku dan Ceramah Motivasi”

RSS Feed for Hikmah itu perlu diterokai Comments RSS Feed

salam..sejuk mata memandang tengok gambar adik2 sebelah kiri tu…lagi ‘SEJUK’ mata memandang gambar adik2 sebelah kana..hihi

Wsalam… aik lain mcm je nta ni… semenjak keluar articel ZAKAT tu… tak habis – habis dia. Assobru minal iman. Bila nak mai johor.

perh mantap la bloger kita ni
hidup bloger lambaian

Salam Ziarah. Wah, dah jadi motivator dah adik kawe ni.hehe..bila nak mai utara, kita join-venture team motivator area sini:)

Sikit – sikit boleh lah abg… boleh lah jemput… klu ade kosong ana mai… takde masalah punye.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada motivator2 yang menjayakan program Baktisiswa Akademik Kelab Iqra’ (Motivasi Anjakan Prestasi) 20 September 2008..
Hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya..
Syukran jazilan..

KI kena buat Team Bloggers plak lepas ni 🙂 hehe

Cadangan yang baik tu….. insyaallah akan saya cadangkan pada pimpinan yang lain. Menyahut kebangkitan para blogger. Salam Eidulfitri..

Salam..
Huraian yang menarik


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: