Kemana Perginya Leadership Mahasiswa Kampus !!!

Posted on September 19, 2008. Filed under: IMBUHAN IDEA, POLITIK SEMASA |

Terfikir kadang kala di benak pemikiran ini kenapa dan mengapa hari ini gerakan mahasiswa sudah kurang mencabar sepertimana satu ketika dahulu. Memang tidak dinafikan di zaman rejim Mahathir Muhammad satu ketika dahulu telah di wujudkan akta AUKU untuk mengongkong Mahasiswa dari melepaskan idealis mereka kepada warga kampus dan masyarakat umumnya.

Jika dulu generasi Mahasiswa ini menjadi suara bagi rakyat di negara ini. Bermula sebelum kemerdekaan lagi kita dapat lihat bagaimana generasi ini bangkit menentang penjajah dalam misi membebaskan negara dari kencaman penjajah. Pada Abad ke 20 lagi telah wujud nama – nama pejuang Mahasiswa seperti Syed Syeikh Al Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Abbas Khalali dalam membebaskan Tanah Melayu dari penjajah. Dan seterusnya disambung oleh generasi seterusnya hinggalah ledakan Mahasiswa ini kembali menunjuk taringnya dalam membantu masyarakat pada peristiwa Baling 1974 – sumber Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cermin Dekad.

Persoalannya adakah kenangan perjuangan Mahasiswa ini hanya tinggal kenangan dan Mahasiswa kampus hari ini menanti sisa – sisa umur tua untuk dihabiskan dan lenyap tanpa zuriat yang akan menyambung perjuangan generasi dahulu.

Adakah dengan pelbagai akta di wujudkan akan membina kepimpinan Mahasiswa, ataupun medan MPP yang dicankuk hidung mereka dalam banyak kampus ataupun cukup sekadar mereka ini terlibat dalam persatuan – persatuan, kelab – kelab ataupun aktiviti ko kurikulum wajib yang menuntut mereka menjadi pemimpin – pemimpin yang terpaksa. Ataupun medan gerakan bawah tanah yang dilakukan oleh sesetengah anak – anak muda kampus bagi membentuk kepimpinan di dalam kelompok mereka.

Oleh itu, sememangnya tidak adil sekiranya 100 % kesalahan diletakkan diatas bahu Mahasiswa sahaja. Semua yang terlibat harus memikirkan jalan terbaikuntuk mewujudkan generasi Future Leader ini kerana generasi ini nantilah yang akan memegang tampuk kepimpinan negara. Jika kemandulan yang ada hari ini dibiarkan tanpa di beri perhatian serius terutamanya pada pihak kerajaan yang berkuasa, kita takut generasi yang penuh idealis ini akan hilang lenyap dimuka bumi Malaysia tercinta ini dan kita akan menangis pada masa itu kerana pemimpin yang mentadbir negara adalah mereka yang tempang pentadbirannya, korupsi kehendaknya dan kekayaan semata – mata pencariannya tanpa memandang langsung masalah rakyat yang dikandung mereka. Waahualam.

Advertisements

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Kemana Perginya Leadership Mahasiswa Kampus !!!”

RSS Feed for Hikmah itu perlu diterokai Comments RSS Feed

Terima kasih kerana membicarakan soal ini.

Di mata masyarakat, mahasiswa sudah mula menari dengan pukulan gendang kita. CUMA, tarian itu hanya disambut oleh sesetengah tempat, tak lain yakni kampus lembah Klang. Paluan gendang didengari sama oleh kampus2 lain, utara dan selatan. Hairan, apakah sebab jauhnya gendang itu dipukul, maka kita (kampus selatan) malas untuk menari sama?

Sejenak dua saya mencari Kenapa. Kenapa kita cuma menari bila musiknya rancak? Kenapa bukan KITA palukan gendang agar menambah varaiti untuk berpencak?

mahasiswa di tempat kita menari kerana yg di lembah Klang menari sama. Walhal yg di lembah Klang tak endah samada kita menari atau tidak, kerana mereka sendiri MAHU dan TAHU bahawa beberapa tahun mendatang, mereka akan menari di depan semua, menjadi PEMIMPIN NEGARA.

Maka yg di lembah Klang menari, biar terkinja-kinja. Biar didatangi AUKU mahu pun ISA, mereka akan tetap menari. Kerana mereka akan bergelar penari profesional, memegang peranan yg penting mamacu rakyat.

Kita? Kita tak pernah bayangkan untuk menjadi siapa-siapa. Jauh pula untuk membayang diri bersidang di Parlimen yg mulia. Jadi, apa perlunya menari dengan beriya-iya? Apa perlu untuk berlatih bersuara? Cukuplah dengan demonstrasi satu dua, berguling berhujan sekadarnya, asal di mata sahabat tampak kita mahasiswa yg sedang berjuang.

Tanyalah pada presiden, tak pun kepada mana-mana MT proxy Islam di kampus kita; sanggupkah menjadi Menteri di Malaysia, atau menjadi tokoh politik agung? Saya cukup pasti, jawapan ‘tak layak, tak sedia’ malah ‘tak nak!’ akan muncul.

Pernah ditanya pada pimpinan PMIUM, siapa kalian 10 tahun mendatang, “Saya yakin dan percaya, saya akan menjadi seorang tokoh di Malaysia, muka saya akan terpampang di tv setiap masa, walau waktu itu saya masih lagi belum berumah tangga!”

Kelab dan persatuan itu layaknya dibangga oleh anak menengah pada adiknya.

Jesteru, tepuk dada tanya selera. Generani bagaimana yg mahu kita lahirkan? Harus ingat, umpama rahim UM yg kukuh yg mengendong generasi yg MAHU berpencak di pentas NEGARA selalunya mempunyai sejarah yg ulung, kerana mereka sentiasa mahu menjadi SEJARAH.

Kita, mahukah MEMBINA sejarah?

Salam, Respon yang mantap kelawarhijau….

Insyaallah, bahang kehangatan itu akan sampai dan perlu ada pemulanya… Bukan mudah untuk membina rahim yang kukuh yang menggendong para aktivis mahasiswa yang hebat didalamnya…. Generasi kini adalah generasi memimpin bukan hanya dipimpin.

Teruskan menyempaikan kebenaran sang kelawar, semoga perjuangan dirahmati Allah.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: